Sunday, August 3, 2008

Hanya yang terbaik daripada kami..

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..Teruja rasanya dapat mewujudkan satu blog kami sendiri khas bagi tetamu kami yang ingin mencari perkhidmatan jurugambar untuk majlis-majlis penting mereka. Dengan berbekalkan pengalaman bekerja sebagai jurugambar bebas, kini kami telah mempunyai perniagaan kami sendiri khas bagi memantapkan lagi industri dan perniagaan berlatarbelakangkan dunia fotografi digital. Memang bukan mudah hendak menapak di dalam industri ini yang menjanjikan persaingan sengit diantara jurugambar-jurugambar yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Berbekalkan kecekalan, semangat serta komited yang bakal kami berikan kepada pelangan, insyaallah kami akan terus bertapak kukuh di dalam industri ini. Jalinan usaha dan kemesraan diantara kami dengan pelanggan-pelanggan akan kami abadikan sebagai kenangan di dalam blog ini. Blog ini akan kami jadikan perantara kepada anda semua dalam melihat sendiri hasil karya terbaik kami di masa akan datang. Sekian. Terima kasih....Abah (Director of LEP)

No comments: